Unit Dasar Dan Governan (UDG)
Ditubuhkan secara rasmi oleh Pejabat pendaftar pada 1 Mei 2010 seperti yang tertera Carta Organisasi Pejabat Pendaftar. Mula beroperasi pada 1 Jun 2010.
Mesyuarat Pentadbiran Pejabat Pendaftar Bil.2/2011 telah membuat keputusan berdasarkan kepada Mesyuarat Lembaga Pengarah ke 120 mengenai keputusan melantik Unit Dasar dan Governan sebagai Unit Pematuhan Universiti. Sehubungan dengan itu, berkuatkuasa pada 1 Ogos 2011, Unit Dasar Pejabat Pendaftar dinamakan sebagai Unit Dasar & Governan.
Tujuan penubuhan Unit ini adalah seperti yang di terapkan dalam Objektif dan Piagam Pelanggan Unit Dasar & Governan:
Objektif
a) Menerajui pengumpulan, perancangan dan penggubalan dasar serta peraturan yang berhubung dengan “core business” Universiti Teknologi MARA.
b) Menilai keberkesanan pelaksanaan dasar dan peraturan selaras dengan hala tuju Universiti Teknologi MARA.
c) Menambahbaik secara berterusan dasar dan peraturan sedia ada melalui penandaarasan dan penyelidikan.
d) Menjadi pusat rujukan utama dasar dan peraturan kerajaan Universiti Teknologi MARA.
e) Menyebarkan semua dasar dan peraturan yang baru berkuatkuasa di UiTM.
Piagam Pelanggan
1. Mengeluarkan sekurang-kurangnya satu (1) pernerbitan berkaitan dengan dasar dan peraturan dalam setahun.
2. Mengemaskini dan memaparkan Dasar Kerajaan, Peraturan Universiti Teknologi MARA di dalam laman rasmi Pejabat Pendaftar http://www.pendaftar.uitm.edu.my/.
3. Menyediakan maklum balas / ulasan mengenai input teknikal daripada Bahagian/Pusat/Unit/Fakulti/Kampus Cawangan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
4. Menyediakan maklum balas / ulasan mengenai isu-isu seperti berikut dalam tempoh lima (5) hari bekerja:
a. Dasar umum Kerajaan, Dasar Umum Universiti; dan
b. Peraturan Kerajaan, Peraturan Universiti
5. Melaksanakan sekurang-kurangnya (1) kajian berkaitan dengan isu-isu dasar Universiti Teknologi MARA dalam tempoh yang ditetapkan seperti berikut:
|
a. |
Kajian empirikal dalam tempoh lapan belas (24) bulan ; dan | ||||||||||||
| b. | Kajian bukan empirikal dalam tempoh lapan (12) bulan |












