PEKELILING AKADEMIK BILANGAN 04/2024 - PEMAKLUMAN TAWARAN KUOTA BAGI PERMOHONAN BIASISWA STAF AKADEMIK TAJAAN KPT PERINGKAT PHD, SARJANA KEPAKARAN, SUB KEPAKARAN DAN PASCA KEDOKTORAN TAHUN 2024

السلام عايكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof/Tuan/Puan

IKLAN TAWARAN BAGI PERMOHONAN BIASISWA STAF AKADEMIK TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) PERINGKAT IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PhD), SARJANA KEPAKARAN, SUB KEPAKARAN DAN PASCA KEDOKTORAN TAHUN 2024 (FASA 1) 

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan Pekeliling Akademik Bilangan 04 Tahun 2024 adalah dirujuk.

2.  Sukacita dimaklumkan Iklan Penawaran Biasiswa Staf Akademik tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi Tahun 2024 Fasa 1 dibuka mulai 29 Februari 2024 sehingga 30 Mei 2024. Pelanjutan Iklan Tawaran akan dilakukan secara berfasa dan tertakluk kepada tarikh tutup permohonan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

3. Untuk maklumanYBhg. Datuk / Dato’/ Datin / Prof / Tuan / Puan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menetapkan perkara berikut :

       i. Dasar penajaan perlu diberi keutamaan bagi pengajian dalam negara

       ii. Keutamaan kemasukan adalah bagi semester ambilan Oktober 2024.

4. Dokumen lengkap perlu dimajukan ke Bahagian Kemajuan Kerjaya, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar sebelum atau pada30 Mei 2024 (Khamis) jam 12:00 tengah hari ke alamat seperti di bawah dan permohonan yang dimajukan selepas tarikh tutup iklan TIDAK akan diproses.

      Bahagian Kemajuan Kerjaya
      Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
      Pejabat Pendaftar
      Aras 4 Bangunan Wawasan
      Universiti Teknologi MARA (UiTM)
      40450 Shah Alam, SELANGOR

5. Bersama-sama ini disertakan Pekeliling Akademik Bilangan 04 Tahun 2024 untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Datuk / Dato’/ Datin / Prof / Tuan / Puan selanjutnya.

6. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh dimajukan kepada urus setia melalui e-mel rasmi di alamat berikut:

(a) Urusan SLAB/SLAI (PhD dan Sarjana Kepakaran)
- Puan Asyrellinda Mohamed Noor atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau hubungi talian 03- 5544 3103
- Puan Manurul Asikin Hj Tukiran atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau hubungi talian 03- 5544 3100

(b) Urusan SK/PD (Sub Kepakaran dan Pasca Kedoktoran)
- Puan Nor Azlina Ismail atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau hubungi talian 03- 5521 1621
- Encik Ahmad Hafsham Mat Rani atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau hubungi talian 03- 5544 3272


Kerjasama pihak YBhg. Datuk / Dato’/ Datin / Prof / Tuan / Puan dipohon untuk memanjangkan hebahan kepada staf di PTJ masing-masing dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Bahagian Kemajuan Kerjaya
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan  

HUBUNGI KAMI

Pejabat Pendaftar
Aras 3, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor

bgsu@uitm.edu.my

Tel: +603- 03-5544 2266

Pendaftar@Social Media